Sertai kami dalam sambutan Tahun Baharu Cina bersama Tian Ma, “Kuda Api” kami yang mempesonakan di Resorts World Genting! Rasai kemeriahan Tahun Baharu Cina 2026 yang lengkap dengan tuah, kegembiraan dan kemakmuran.
Dengan tenaga yang penuh membara, Tian Ma akan bersama-sama kita meraikan pelbagai acara yang penuh dengan kemurahan rezeki yang baik, keseronokan keluarga tanpa henti, ganjaran lumayan dan promosi terbaik. Sambutan yang dinanti-nantikan semua!
11.01.2023 - 07.02.2023 (or while stocks last)
Receive a complimentary limited-edition Genting’s Highland Heroes angpau set with each purchase of RM200 in a single receipt! Only valid at participating outlets, F&B outlets are excluded.
Bring your receipt to these locations to redeem the angpau packets:
Otherwise, redeem the limited-edition Genting’s Highland Heroes angpau packets with purchases worth RM98 and above in a single receipt at any retail kiosk at Skytropolis Indoor Theme Park. Limited to one (01) set per transaction only. Exchange your receipt at any retail kiosk within Skytropolis Indoor Theme Park.
11.02 – 03.03.2026
Setiap Hari, 10 pagi – 10 malam
14 – 21 & 28.02.2026, 10 pagi – 11 malam
Pavilion Hall
Masuk Percuma
Sambut Tahun Baharu Cina di Resorts World Genting dengan luar biasa! Temui pelbagai hiasan yang gah di satu tempat untuk bergambar dan sambutan yang lebih meriah.
Stesen-stesen yang anda perlu kunjungi:
Dan banyak lagi! Jangan lupa untuk temui penampilan robot anjing dan robot manusia yang bakal mengagumkan anda semua!
Seekor kuda jantan emas dengan surai berapi yang megah, Tian Ma melambangkan keberkatan dan anugerah yang dikurniakan ke atas bumi hijau yang diselaputi hutan hujan. Sering kelihatan berhampiran Kuil Gua Chin Swee, Tian Ma kadangkala berangan-angan menjadi Pegasus, kuda legenda bersayap yang menjadi ilham kepada namanya, supaya dia dapat terbang bebas merentas awan berkabus di langit.
Dengan pusaran berbentuk awan yang unik di bahagian belakangnya serta loket jongkong emas di leher, Tian Ma kelihatan anggun berlari di celah pergunungan. Berani dan penuh semangat Tian Ma juga mempunyai keunikan yang comel telinga kanannya akan berpusing setiap kali dia berasa gembira, terutamanya apabila dia bermimpi menari di bawah taburan bintang.
Kata-kata Ikonik
Gembira lah selalu!
Hari Lahir
Tian Ma menyambut hari lahirnya pada 17 Februari. Dia sering memberi bayangan bahawa hadiah impiannya ialah sepasang sayap gergasi, lapan tempayan emas, dan nian gao, memandangkan ia juga menandakan permulaan Tahun Baharu Cina!
Makanan Kegemaran
Tart Nanas merupakan kegemarannya. Apabila dia menikmati hidangan ini, sisa jem nanas pasti melekat pada jongkong emas di lehernya. Penuh selera!
Sukan KegemaranSangat pakar dalam aktiviti memanah, Tian Ma menikmati saat anak panah dilepaskan tepat ke sasaran. Dia juga mahir bermain pickleball, yang sering dimainkan bersama rakan-rakannya, Ellie, Benny dan Geno di pergunungan yang indah.
Kemahiran Unik
Disebabkan kedudukan matanya, Tian Ma mempunyai penglihatan hampir 360 darjah, kecuali tepat di hadapan hidung dan di belakang ekornya. Keistimewaan ini menjadikannya sangat hebat dalam permainan sorok-sorok!
Sifat Istimewa
Berjiwa besar dan cintakan alam semula jadi, Tian Ma sentiasa menjadi rakan yang tenang dan menjadi sumber sokongan yang selesa kepada rakan-rakan Genting’s Highland Heroes.
Koleksi Pelekat 'Tian Ma' Tahun Baharu Cina 2026
Jadikan ucapan anda lebih meriah dan bermakna tahun ini dengan koleksi pelekat 'Tian Ma' kami.
Muat turun secara PERCUMA di sini.
17 – 22.02. 2026 (Hari Pertama – Hari Keenam Tahun Baharu Cina)
12 tengah hari – 8 malam
Kimhua Atrium
Terbuka kepada semua Ahli Genting Rewards
Sertai permainan Auspicious Grab & Win, di mana anda perlu menangkap sebanyak mungkin “Lucky Slip” yang anda mampu. Lebih banyak slip yang ditangkap, lebih tinggi peluang untuk memenangi hadiah utama!
Cara Penyertaan:
Peraturan & Tarikh Penting
23.02.2026
Genting International Showroom
Ayuh kita berkongsi rezeki yang membawa penuh makna, kerana semua hasil kutipan acara ini akan disalurkan kepada rumah kebajikan tempatan.
Lambungkan Lou Sang anda setinggi awan, di mana setiap lambungan membawa lebih tuah, kegembiraan dan kebersamaan.
Nikmati juga pelbagai hiburan pentas yang menarik seperti:
Pilih Sesi Anda:
| Pendaftaran | Sesi |
HABIS DITEMPAH
|
|---|---|---|
| 10.30 pagi – 12 tengah hari | 12 tengah hari – 2 petang | |
| 4.30 petang – 6 petang | 6 petang – 8 malam |
Nikmati pelbagai jenis persembahan perayaan dan hiburan yang disediakan untuk anda di Resorts World Genting pada Tahun Baharu Cina kali ini!
| Pavilion Hall Setiap Hari Masuk Percuma |
|---|
19 – 22.02.2026 (Hari 3 – 6 Tahun Baharu Cina) 23.02.2026 (Hari 7 Tahun Baharu Cina) 24.02 – 03.03.2026 (Hari 8 – 15 Tahun Baharu Cina) |
| Kimhua Atrium Setiap Hari Masuk Percuma |
|---|
20 – 22.02.2026 (Hari 4 – 6 Tahun Baharu Cina) 23.02.2026 (Hari 7 Tahun Baharu Cina) 24.02 – 03.03.2026 (Hari 8 – 15 Tahun Baharu Cina) |
| Gohtong Way Setiap Hari Masuk Percuma |
|---|
| 17.02 – 03.03.2026 Sesi Meet & Greet Genting's Highland Heroes: 4 petang, 7 malam Stilt Walker: 6 petang, 7 malam |
| Rotunda Setiap Hari Masuk Percuma |
|---|
| 17.02 – 03.03.2026 Tarian CNY B-Boys: 7 malam CNY Party In The Park: 8.15 malam |
| Pentas Taman Tema Indoor Skytropolis Setiap Hari Masuk Percuma |
|---|
| 12.02 – 03.03.2026 CNY Party In The Park: 4 petang |
*Persembahan tertakluk kepada perubahan tanpa notis awal.
Kuil Gua Chin Swee
Tian Ma amat gemar berkunjung ke Kuil Gua Chin Swee dengan menaiki kereta kabel untuk meneroka kawasan kuil, menaiki pagoda, dan menikmati keindahan pemandangan pergunungan yang memukau.
Bazar Tahun Baharu Cina
17 – 22.02.2026 (Hari 1 – 6 Tahun Baharu Cina)
Sertai kemeriahan perayaan di kuil dengan suasana Tahun Baharu Cina yang penuh warna-warni. Nikmati pelbagai juadah bermusim dan terokai barangan perayaan unik sebagai cenderahati dan kenang-kenangan yang istimewa.
Sambutan Hari Keputeraan Dewa Chin Swee
Tingkat 7, Kuil Gua Chin Swee
21.02.2026 (Hari ke-5 Tahun Baharu Cina)
8.30 malam – 12 pagi
22.02.2026 (Hari ke-6 Tahun Baharu Cina)
8.30 pagi – 3 petang
Raikan hari yang berkat ini bersama kami dan dapatkan fortune cookie istimewa daripada Choy San Yeh sebagai simbol tuah dan keceriaan untuk tahun yang mendatang.
Tian Ma mengesyorkan Awana SkyWay, kerana ia beroperasi sehingga 1 pagi bagi memudahkan para pengunjung menikmati sambutan dengan lebih selesa.
Hari Keputeraan Maharaja Jade “Tian Gong”
24 & 25.02.2026 (Hari ke-8 & ke-9 Tahun Baharu Cina)
Tingkat 13, SkyTerrace, Kuil Gua Chin Swee
8 malam – 2.30 pagi
Perayaan Bai Tian Gong, yang didedikasikan kepada Maharaja Jade, merupakan acara tradisi tahunan yang ikonik di Sky Terrace, Kuil Gua Chin Swee. Disambut pada hari ke-8 dan ke-9 Tahun Baharu Cina, upacara doa ini terbuka kepada semua penganut.
Bagi mereka yang ingin turut serta, pakej doa khas disediakan di lokasi untuk menyampaikan hajat dan doa restu. Selepas upacara doa, mercun akan dinyalakan sebagai simbol menyambut keberkatan, kemakmuran dan tenaga positif untuk tahun yang baharu.
Ikuti saranan Tian Ma dan naiki Awana SkyWay, yang beroperasi sehingga 2 pagi, supaya anda dapat meraikan detik istimewa ini tanpa tergesa-gesa.
14 – 22.02.2026
3 petang – 9 malam
RM28 setiap permainan
Bersiaplah untuk pengalaman permainan yang mendebarkan bersama insan tersayang! Night at the Museum kembali untuk waktu yang terhad sahaja. Dapatkan tiket di kios sekarang!