Wira, Harta Karun, Hadiah - MAJU!
Adakah anda merupakan peminat permainan telefon mudah alih atau Genting’s Highland Heroes? Anda akan menyukai permainan Highland Heroes yang pertama oleh Resorts World Genting ini!
Eksklusif untuk ahli Genting Rewards, permainan ini memberikan anda peluang untuk bekerjasama dengan Tabby, Allie, Joe, Bennie, Callie, dan Geno dengan kuasa istimewa masing-masing!
Kumpul semua harta karun yang turun menghujani skrin anda untuk dapatkan mata tertinggi dalam permainan ini. Pilih Highland Hero terbaik anda kerana mereka bukanlah wira biasa! Mereka mempunyai kuasa seperti gandaan mata, penyingkiran “bom” dan banyak lagi!
Adakah anda susah bersedia? Ketahui Cara Bermain di bawah dan mulakan sekarang!
Cara Untuk Bermain
Langkah 1: Pilih wira kegemaran anda. Setiap wira Genting’s Highland Heroes mempunyai keunikan mereka tersendiri.
Langkah 2: Lihat tutorial permainan dan ketahui cara-cara untuk mengumpul harta karun. Pastikan anda mengelak “bom” atau anda bakal kehilangan “nyawa” dengan setiap pelanggaran bom. (Setiap permainan dimulakan dengan tiga nyawa.)
Langkah 3: Mulakan permainan dan dapatkan mata tertinggi – anda boleh membuat beberapa percubaan dalam sehari, sehingga anda mencapai mata idaman anda.
Bonus: Tukar dan guna Genting's Highland Heroes yang berlainan untuk mengumpul mata harian anda!