Nasihat Perjalanan: 5 & 6 Julai 2025

Bersempena dengan konsert Violet Skies: Dato’ Sri Siti Nurhaliza Live In Concert di Arena of Stars, para tetamu disarankan untuk merancang perjalanan lebih awal bagi menjamin pengalaman yang selesa dan menyenangkan di Resorts World Genting.
 
Sukacita dimaklumkan bahawa perkhidmatan Kereta Kabel Genting Highlands Premium Outlets akan beroperasi dengan waktu lanjutan pada hari Sabtu, 5 Julai dan Ahad, 6 Julai 2025. Perkhidmatan kereta kabel ini akan bermula dari jam 7:00 pagi hingga 12:30 tengah malam pada kedua-dua hari tersebut bagi memudahkan urusan ketibaan dan kepulangan para penonton konsert.
 
Para tetamu yang tidak bermalam amat disarankan untuk menggunakan perkhidmatan Kereta Kabel Genting Highlands Premium Outlets bagi memastikan perjalanan yang lebih mudah dan lancar.
 
Terima kasih atas perhatian anda. Sila layari  laman web  kami secara berkala dan ikuti saluran media sosial kami untuk mendapatkan maklumat terkini.  Kami amat menantikan kehadiran anda di  Resorts World Genting.
 
Resorts World Genting