𝗙𝘂𝗻𝘁𝗼𝗽𝗶𝗮


01 – 30.11.2025
10 pagi – 10 malam (Ahad – Jumaat)
10 pagi – 11 malam (Sabtu)
Klik sini untuk melihat kalendar.

Pavilion, Aras 1, Skytropolis Indoor Theme Park

Funtopia, Malaysia Book of Records’ Taman Tema Belon Gergasi Terbesar kini kembali!

Funtopia, Taman Tema Belon Gergasi Terbesar direka untuk kanak-kanak, keluarga dan juga orang dewasa. Meliputi ruang seluas 16,000 kaki persegi pada 6000 kaki di atas paras laut Pavilion, Skytropolis Indoor Theme Park, Resorts World Genting April ini!

Taman Tema ini menampilkan gabungan permainan yang menyeronokkan dan halangan mencabar. Ianya direka untuk anda bergembira dan memberi inspirasi melalui aktiviti fizikal.

Selain itu, ia selamat dan menyeronokkan bagi setiap peserta.

Belon Gergasi terbesar dan terpanjang ini menampilkan:

  • Lebih daripada 300 kaki cabaran berhalangan
  • Gelongsor belon tertinggi, setinggi 9 meter!
  • 3 zon berbeza
  • 10 unit belon gergasi disediakan

Memperkenalkan Icetopia, Pengalaman Gelanggang Luncur Ais Terbaharu!

Melangkah ke dunia musim sejuk di Icetopia, di mana anda boleh meluncur, berpusing dan bergelak tawa di bawah kilauan cahaya dan salji yang lembut.

Sama ada anda seorang pemula atau profesional, Icetopia menjanjikan keseronokan tanpa henti dan kenangan indah bersama keluarga serta rakan-rakan!

 

Harga Tiket Funtopia

Jenis TiketHarga
Kanak-Kanak
(17 tahun dan ke bawah)
RM38
Orang Dewasa
(18 tahun dan ke atas)
RM28
Tiket Keluarga
(1 x Tiket Orang Dewasa + 1 x Tiket Kanak Kanak)
RM60

Harga Tiket Icetopia (Termasuk sewaan kasut)

Jenis TiketHarga
Kanak-Kanak
(17 tahun dan ke bawah)
RM25
Orang Dewasa
(18 tahun dan ke atas)
RM30
Keluarga
(1 x Tiket Orang Dewasa + 1 x Tiket Kanak-Kanak)
RM70

Kombo Funtopia + Icetopia (Termasuk sewaan kasut)

Jenis TiketHarga
Keluarga
(1 x Tiket Orang Dewasa + 1 x Tiket Kanak-Kanak)
RM100


Beli tiket anda di kaunter

Diskaun 10% untuk ahli Genting Rewards

Ahli Genting Rewards boleh menggunakan Genting Points untuk menebus tiket.

Perkara berikut TIDAK DIBENARKAN di kawasan luncur ais:

  • Meluncur dalam arah yang bertentangan.
  • Berhenti di tengah gelanggang kecuali di bahagian tepi penghadang.
  • Duduk dan memanjat di atas penghadang.
  • Berlumba, meluncur laju, membuat aksi luncur, mengejar, bermain kasar dan/atau meluncur dengan kelajuan berlebihan.
  • Mengganggu atau merosakkan peralatan gelanggang.
  • Memasuki kawasan larangan.
  • Membentuk pautan atau rantai dengan tetamu-tetamu lain.
  • Sengaja meluncur jatuh atau membaling objek di kawasan luncur ais.
  • Mendukung kanak-kanak semasa berada di kawasan luncur ais.
  1. Hanya satu (01) tiket bagi setiap peserta.
  2. Tiket tidak boleh dikembalikan atau ditukar.
  3. Peserta hendaklah mengemukakan tiket yang sah untuk menebus gelang tangan di kaunter sebelum masuk.
  4. Setiap tiket hanya boleh digunakan sekali sahaja.