Sebagai destinasi percutian dan hiburan utama Asia, kami menyediakan pengalaman unik untuk anda.
Sebagai destinasi riadah dan hiburan utama Asia yang dikelilingi oleh hutan hujan berusia 100 juta tahun yang dilindungi, kami menyediakan pengalaman unik untuk anda.
Padang golf 18 lubang di Resorts World Awana adalah syurga kepada setiap pemain golf.. Dikelilingi oleh kehijauan yang subur dan angin gunung yang segar sepanjang tahun, padang golf ini semestinya menjadi pengalaman lain daripada yang lain. Kami juga menawarkan pertandingan kejohanan eksklusif untuk kumpulan anda.
Dengan pemandangan lautan yang menakjubkan, padang golf 18 lubang di Resorts World Kijal ini berlatarkan pasir putih berkilauan dan perairan biru. Kami juga menawarkan pakej korporat istimewa yang termasuk golf dan penginapan.
Memandangkan musim bertelur penyu berlaku betul-betul di hadapan pantai Resorts World Kijal, kami menjemput anda untuk sertai kami dalam belajar lebih lanjut tentang hidupan liar dan alam semula jadi Malaysia. Kami juga menawarkan rangkaian khas program latihan yang memberi inspirasi kepada kemampanan dan perlindungan sumber semula jadi. Sila tanya untuk butiran lanjut.
Keseronokan dan kegembiraan dengan 20 jenis permainan baharu di taman tema indoor seluas 400,000 kaki persegi ini! Taman Tema Indoor Skytropolis terletak di tengah-tengah Resorts World Genting dan ia boleh diakses dengan mudah dari First World Hotel.
Genting SkyWorlds adalah taman tema yang paling dinanti-nantikan di Asia Tenggara. Sebagai sebahagian daripada barisan hiburan bersepadu Resorts World Genting, taman tema outdoor ini dibina di atas tanah seluas 26 ekar dan menampilkan 26 permainan dan tarikan.
Untuk acara yang tenang dalam persekitaran yang damai di tengah-tengah awan putih yang bergerak dan angin sepoi-sepoi, Kuil Gua Chin Swee menempatkan sehingga 200 orang untuk pengalaman makan malam atau meditasi. Ia mudah diakses melalui Awana SkyWay atau hanya 10 minit pemanduan dari Resorts World Genting.
Genting Highlands Premium Outlets® merupakan premium outlet yang terletak di puncak bukit pertama di dunia dan menawarkan lebih daripada 150 jenama dan kedai serta pelbagai pilihan tempat makan. Hanya 15 minit pemanduan dari Resorts World Genting atau berhenti terus di Stesen Awana Skyway.