Cinta Berputik di Puncak

07 – 22.02.2026 
SkyAvenue, Resorts World Genting

Pada Hari Valentine ini, terokai dunia di mana cinta menjadi tumpuan utama. Hayati suasana yang penuh romantik apabila SkyAvenue kembang mekar dengan dekorasi bunga yang mempesonakan, tanda kasih sayang yang istimewa, serta pelbagai kejutan yang menanti.

Bicara Kasih

Luah dan tuturkan segalanya.

Rakam perasaan yang ada di sudut hati anda kepada insan istimewa di reruai telefon kami. Pesanan yang terpilih akan ditayangkan di akaun Instagram rasmi SkyAvenue.

Peraduan Bergambar: Kisah Cinta Berputik

Abadikan detik cinta berputik bersama tersayang dan berpeluang untuk memenangi hadiah menarik!

Cara Penyertaan:

  1. Ikuti @SkyAvenue_Official di Instagram
  2. Tangkap gambar bersama hiasan Hari Valentine kami.
  3. Muat naik dan tag @SkyAvenue_Official dan #SkyAvenue #ResortsWorldGenting #CaughtInBlooms

Anda berpeluang untuk memenangi set hadiah eksklusif Hari Valentine bernilai RM2,468. Seorang (01) pemenang akan diumumkan sebelum atau pada 28.02.2026 di akaun Instagram SkyAvenue.

Pemenang tersebut perlu menebus hadiah yang dimenangi di Kaunter Maklumat, Tingkat 1, Zouk Atrium, SkyAvenue semasa waktu operasi dalam tempoh 30 hari selepas pengumuman dibuat.

Set Hadiah Hari Valentine
 
banner

   

  1. Kempen ini terbuka kepada orang awam. Kakitangan Genting dan pekerja pihak ketiga adalah DILARANG sama sekali daripada menyertai kempen ini.
  2. Tempoh Kempen: 07 – 22.02.2026.
  3. Peraduan bergambar ini akan dijalankan melalui platform Instagram.
  4. Untuk melayakkan penyertaan, peserta perlu menetapkan akaun media sosial mereka sebagai “Umum” bagi memastikan penyertaan dapat dilihat oleh pihak penganjur. Pemenang akan dimaklumkan melalui mesej peribadi (DM) Instagram selepas tamat tempoh kempen.
  5. Sekiranya pemenang gagal memberi maklum balas dalam tempoh lima (5) hari bekerja selepas dimaklumkan, pihak pengurusan berhak memilih pemenang lain.
  6. Seorang (01) pemenang akan diumumkan selewat-lewatnya pada 28.02.2026 melalui akaun Instagram SkyAvenue.
  7. Setiap peserta hanya layak memenangi satu (01) hadiah sahaja. Penyertaan berganda akan dikira sebagai satu (01) penyertaan.
  8. Pengambilan hadiah mestilah dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh pengumuman di Kaunter Maklumat, Tingkat 1, Zouk Atrium, SkyAvenue, antara jam 10 pagi hingga 10 malam.
  9. Hadiah tidak boleh dijual semula, tidak boleh dipindah milik dan tidak boleh ditukar kepada wang tunai atau barangan lain.
  10. Pihak pengurusan berhak untuk meminda, mengubah, memadam atau menambah Terma & Syarat ini pada bila-bila masa tanpa notis awal.
  11. Keputusan pihak pengurusan adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat atau pertikaian tidak akan dilayan.
  12. Dengan menyertai pertandingan foto ini, peserta memberi kebenaran kepada pihak pengurusan untuk menggunakan sebarang foto dan/atau bahan yang diterima sepanjang pertandingan, termasuk maklumat peribadi seperti nama, nombor telefon, video dan lain-lain bagi tujuan pengiklanan, pemasaran dan komunikasi.
  13. Dengan penyertaan dalam kempen ini, peserta bersetuju untuk terikat dengan Terma & Syarat ini serta keputusan pihak pengurusan.
  14. Tertakluk pada Terma & Syarat lain.