Amaran Video Penipuan

15 Ogos 2024

Kami telah dimaklumkan bahawa sebuah video palsu yang kononnya memaparkan temu bual Astro Awani bersama Timbalan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif, Genting Malaysia Berhad telah tular dan digunakan untuk mempromosikan platform perjudian dalam talian. Video ini juga secara palsu mendakwa bahawa terdapat aplikasi perjudian dalam talian rasmi Genting yang boleh dimuat turun dari Apple App Store dan Google Play Store.

Kami ingin menegaskan bahawa Timbalan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif, Genting Malaysia Berhad, serta syarikat Genting Malaysia Berhad tidak terlibat dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan mana-mana platform atau laman perjudian dalam talian di Malaysia. Kami menasihatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan video palsu dan kandungannya, serta tidak memuat turun sebarang aplikasi perjudian dalam talian yang dikatakan berkait dengan Timbalan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif, Genting Malaysia Berhad atau syarikat kami.

Orang ramai diminta untuk tidak menyebarkan video palsu ini atau sebarang bahan yang berkaitan. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang perkara dan akan mengekalkan hak untuk mengambil tindakan jika perlu.

Kami menyeru orang ramai untuk layari laman web kami di www.gentingmalaysia.com atau www.rwgenting.com untuk mengesahkan sebarang maklumat berkaitan dengan Genting Malaysia Berhad.