Kerja-Kerja Pembinaan dan Pemasangan Pintasan di KM 11, Jalan Batang Kali pada 25 dan 26 Mac 2025

Dimaklumkan bahawa kerja-kerja pembinaan pintasan akan dijalankan di KM 11, Jalan Batang Kali-Genting seperti berikut:

25 Mac 2025 – Persiapan kerja-kerja pembinaan pintasan
Pengurusan trafik terkawal akan dilaksanakan di sepanjang KM 11, Jalan Batang Kali-Genting bagi memudahkan kerja-kerja pengangkutan dan pemasangan struktur pintasan.

26 Mac 2025 – Kerja-kerja pembinaan & pemasangan pintasan
Laluan KM 11 akan ditutup sepenuhnya di kedua-dua arah dari jam 11:00 pagi hingga 1:00 petang bagi membolehkan kerja-kerja pembinaan dan pemasangan struktur pintasan dijalankan dengan selamat.

Laluan Alternatif
Pengguna jalan raya yang menuju ke dan dari Genting Highlands disarankan untuk menggunakan Lebuhraya Karak dan diharap dapat merancang perjalanan lebih awal.
Kami mohon maaf atas kesulitan yang dialami dan menghargai kesabaran anda sepanjang tempoh ini.
Untuk maklumat terkini, sila layari laman web rwgenting.com.
Terima kasih atas kerjasama anda.

Sekian,
Resorts World Genting