

01.05.2025 (Khamis)
6 malam
Arena of Stars
Kumpulan rock legenda dari Amerika Syarikat, Toto yang juga pemenang trofi Grammy Awards sebanyak enam kali serta popular dengan lagu-lagu seperti “Africa”, “Rosanna”, “I’ll Be Over You”, “Hold The Line” dan banyak lagi bakal mengadakan konsert di Malaysia.
Sejak ditubuhkan pada 1977 di Los Angeles, Toto muncul sebagai antara kumpulan paling dikenali di dunia selepas mereka terus meraikan kejayaan demi kejayaan. Lagu “Africa” mencatat jualan melebihi 10.5 juta unit dan diiktiraf tahap berlian oleh Persatuan Industri Rakaman Amerika (RIAA). Manakala, “Hold The Line” mencatat tahap tiga platinum apabila terjual sebanyak tiga juta unit dan “Rosanna” di tahap dua platinum dengan jualan sebanyak dua juta unit.
Toto yang kini dianggotai Steve Lukather (gitar, penyanyi) dan Joseph Williams (penyanyi) akan turut disertai Greg Phillinganes (keyboard, penyanyi), Shannon Forrest (dram), John Pierce (bass), Warren Ham (seksofon, perkusi, penyanyi) dan Dennis Atlas (keyboard, penyanyi) dalam konsert jelajah ini.
Secara individu dan kolektif, lagu-lagu kumpulan ini dapat didengar dalam album-album yang memenangi Grammy Awards yang tidak terbilang, merentasi semua genre, menjadikan Toto antara kumpulan era 70-an yang berjaya menempuh perubahan trend dan gaya sambil terus kekal relevan.
Konsert sempena jelajah Toto Dogz of Oz Tour itu bakal menggegarkan Arena of Stars, Resorts World Genting pada 1 Mei ini (Khamis) jam 6 petang.
Harga Tiket
Jenis Tiket | Kadar Biasa | Kadar Ahli Genting Rewards (melalui penebusan Genting Points/ tunai/ pembelian kad kredit) |
---|---|---|
VIP | RM988 | RM889.20 |
PS1 | RM788 | RM709.20 |
PS2 | RM588 | RM529.20 |
PS3 | RM388 | RM349.20 |
PS4 | RM188 | - |
AKSES AWAL EKSKLUSIF UNTUK AHLI GENTING REWARDS (KAD EMAS DAN KE ATAS)!