Limited-edition Genting’s Highland Heroes Angpau Redemption

11.01.2023 - 07.02.2023 (or while stocks last)

Receive a complimentary limited-edition Genting’s Highland Heroes angpau set with each purchase of RM200 in a single receipt! Only valid at participating outlets, F&B outlets are excluded.

Bring your receipt to these locations to redeem the angpau packets:

  • Studio Plaza , Genting SkyWorlds Theme Park
  • Skytropolis Indoor Theme Park
  • SkyVR
  • BigTop Video Game Park
  • Vision City Video Games Park
  • SkyAvenue Station, Awana Skyway
  • Awana Station, Awana Skyway

Otherwise, redeem the limited-edition Genting’s Highland Heroes angpau packets with purchases worth RM98 and above in a single receipt at any retail kiosk at Skytropolis Indoor Theme Park. Limited to one (01) set per transaction only. Exchange your receipt at any retail kiosk within Skytropolis Indoor Theme Park.


Karnival Krismas Genting Winter Wonderland

21.11.2025 – 01.01.2026

MASUK PERCUMA

Kini, suasana Hari Krismas mula terasa di mana saja anda berada di Resorts World Genting!

Sambutan di tanah tinggi kali ini, dihiasi dengan lampu berkelip, dekorasi menawan, dan kemeriahkan suasana di lokasi-lokasi berikut:

☆ Kimhua Atrium
☆ Gohtong Way
☆ Taman Tema Indoor Skytropolis
☆ Pintu Masuk Taman Tema Genting SkyWorlds
☆ Liberty Lane
☆ Asteroid Arcade

Selama 42 hari, rasai sambutan Hari Krismas yang penuh keseronokan untuk seluruh keluarga. Acara ini dimulakan dengan penampilan Genting’s Highland Heroes beserta sesi meet & greet yang menyeronokkan untuk semua peringkat umur.

Ikut juga persembahan nyanyian Krismas dan The Enchanted Noël, bergambar bersama Jolly Jumbos & The Twinkles, dan jangan lepaskan Santa’s Carousel setinggi 45 kaki, tarikan yang sempurna untuk gambar Krismas anda.

Tahun ini, Kimhua Atrium tampil dengan kelainan yang sangat istimewa, pusat kepada empat ‘pulau’ yang menakjubkan: Jingle Bell Jesters, First Noel, Mr Merry & Bright, dan Christmas Starlights. Setiap sudut menjanjikan pemandangan memukau dan detik keajaiban untuk seluruh semua.

 

Pada waktu malam, rasai salji yang turun di sepanjang Liberty Lane sambil bermain di taman tema. Jangan lepaskan Bas London ikonik di Asteroid Arcade, sentuhan tambahan bagi pengembaraan Winter Wonderland anda bersama kami, hanya di Resorts World Genting.

21.11.2025 – 01.01.2026 
Setiap Hari
Kimhua Atrium
10 pagi – 10 malam

MASUK PERCUMA

☆ Pesta Krismas di Taman

Sambut kemeriahan Krismas dengan persembahan nyanyian oleh penyanyi berbakat yang pastinya disukai oleh semua!
6 petang, 7.15 malam

☆ Persembahan Krismas

Ikuti keseronokan dan rentak yang meriah bersama barisan penari yang berbakat.
8.30 malam

☆ [06.12.2025 Sahaja] Persembahan Biola oleh Suzuki Violin Malaysia

Nikmati kemerduan persembahan daripada pemain violin muda berbakat dari Suzuki Violin Malaysia dalam suasana udara sejuk.
3 petang

☆ [21.11 – 24.12.2025 Sahaja] Stesen Hadiah Kejutan Santa

Raikan makna sebenar Krismas dengan pemberian hadiah.

Langkah 1: Pilih Hadiah AndaPergi ke MINISO dan pilih hadiah dari rak terpilih, sesuatu yang pasti akan menjadikan hari Krismas seseorang lebih istimewa.
Langkah 2: Balut Dengan Kasih SayangBawa hadiah pilihan anda ke Kimhua Atrium, di mana staf kami akan membantu untuk membalut hadiah.
Langkah 3: Kongsi Kegembiraan AndaLetakkan hadiah anda dalam Tabung Hadiah. Anda telah menyebarkan kegembiraan kepada seseorang pada Krismas kali ini.

Saksikan Santa Claus menyampaikan hadiah anda kepada kanak-kanak dari rumah kebajikan tempatan. Kasih sayang dan senyuman yang ikhlas bakal terukir hasil dari hadiah-hadiah anda.

19.12.2025 – 01.01.2026

☆ Persembahan Koir Krismas

Rasai keajaiban Krismas melalui persembahan koir yang menyentuh hati, pasti anda teringat di sepanjang perjalanan pulang.
11 pagi, 12.50 tengah hari, 2.30 petang, 5.10 petang, 9 malam

☆ Sesi Meet & Greet Jolly Jumbos & The Twinkles

Krismas pasti tidak lengkap tanpa bergambar bersama Santa! Singgah dan temui Santa Claus!
11.40 pagi, 1.30 petang, 3.30 petang, 8 malam
(24, 25 & 31.12.2025) 11.40 pagi, 3.30 petang

☆ The Enchanted Noël

Alami keajaiban Krismas melalui persembahan anggun penari dengan pakaian Krismas yang menawan, menyebarkan kegembiraan dan kilauan di setiap langkah.
12.10 tengah hari, 4.30 petang, 6.30 petang
(24, 25 & 31.12.2025) 12.10 tengah hari, 3 petang, 4.30 petang, 6.30 petang

☆  [24, 25 & 31.12.2025 Sahaja] Pertunjukan Puppet Show

Ayuh bergelak tawa dan bergembira dengan boneka yang ceria bersama ventriloquist yang mahir. Nikmati pertunjukan meriah dan penuh dengan keseronokan di sini.
1.30 petang, 7.40 malam

☆ Acara Utama

*Waktu persembahan mungkin berubah tanpa notis terlebih dahulu.

21.11.2025 – 18.12.2025
Setiap Hari
Gohtong Way
12 tengah hari – 11 malam

MASUK PERCUMA

☆ Sesi Meet & Greet Genting’s Highland Heroes

Temui Genting’s Highland Heroes! Mereka akan berada di sini sepanjang musim ini untuk sesi bergambar yang menyeronokkan, pasti digemari oleh seisi keluarga.
4 petang, 7 malam

☆ Stilt Walker

Jangan lepaskan aksi manusia gergasi kami. Berdiri lebih tinggi dari orang ramai, mereka bakal mengukir senyuman dan mencipta gelak tawa sambil mencipta detik-detik yang tidak akan dilupakan.
6 petang, 7 malam

21.11.2025 – 01.01.2026 
Setiap Hari
Rotunda
12 tengah hari – 11 malam
[24 & 31.12.2025] 12 tengah hari – 1 pagi

MASUK PERCUMA

☆ Pertunjukan Elf

Saksikan kebangkitan elf dengan gelagat nakal dan koreografi yang bertenaga. Tarian mereka yang penuh semangat pasti memeriahkan suasana Krismas kali ini.
7 malam

☆ [19.12.2025 – 01.01.2026 Sahaja] Sesi Meet & Greet Jolly Jumbos & The Twinkles

Krismas pasti tidak lengkap tanpa bergambar bersama Santa! Singgah dan temui Santa Claus!
9 malam, 10 malam

☆ [19.12.2025 – 01.01.2026 Sahaja] The Enchanted Noël

Alami keajaiban Krismas melalui persembahan penari anggun dengan pakaian perayaan menawan, menyebarkan kegembiraan dan kilauan di setiap langkah.
7.30 malam, 8.30 malam, 9.30 malam

☆ Acara Utama

*Waktu persembahan mungkin berubah tanpa notis terlebih dahulu.

21.11.2025 – 01.01.2026 
Setiap Hari
Pentas Taman Tema Indoor Skytropolis
10 pagi – 10 malam

MASUK PERCUMA

☆ Pertunjukan Elf

Saksikan kebangkitan elf dengan gelagat nakal dan koreografi yang bertenaga. Tarian mereka yang penuh semangat pasti memeriahkan suasana Krismas kali ini.
1 petang

☆ Dhong Dhong

Rasai kehebatan seni Dhong Dhong dari China apabila beliau membawakan persembahan opera tradisional. Dengan kostum yang indah, gerakan dan persembahan yang memukau, beliau membawa penonton ke dalam dunia budaya dan penceritaan yang menakjubkan.
3 petang, 5.30 petang

☆ Sesi Meet & Greet Genting’s Highland Heroes

Temui Genting’s Highland Heroes! Mereka akan berada di sini sepanjang musim ini untuk sesi bergambar yang menyeronokkan, pasti digemari oleh seisi keluarga.
3.45 petang, 5.45 petang

☆ Pesta Krismas di Taman

Sambut kemeriahan Krismas dengan persembahan nyanyian oleh penyanyi berbakat yang pastinya disukai oleh semua!
4 petang

☆ Acara Utama

*Waktu persembahan mungkin berubah tanpa notis terlebih dahulu.

Permainan Taman Tema (Harga Tiket Setiap Permainan)

Setiap Hari
6 malam – 9 malam

Cuba permainan yang menyeronokkan bersama orang tersayang sebagai sebahagian daripada keajaiban Winter Wonderland kami!

  • ESD Global Defender
    RM20 setiap permainan
  • Independence Day: Defiance
    RM28 setiap permainan

*Nota: Taman Tema Genting SkyWorlds ditutup setiap hari Selasa, kecuali 23 & 30.12.2025.

21.11.2025 – 01.01.2026 
Setiap Hari
Liberty Lane

Bergembira bersama yang tersayang dengan penampilan khas Santa Claus di bawah salji pada musim Krismas ini!

☆ Salji Ajaib

Setiap Ahad – Khamis (5 sesi)
6.30 petang, 7.30 malam, 8.30 malam, 9.30 malam, 10.30 malam 

Setiap Jumaat – Ahad, termasuk cuti sekolah & cuti umum (9 sesi)
6.30 petang, 7 malam, 7.30 malam, 8 malam, 8.30 malam, 9 malam, 9.30 malam, 10 malam, 10.30 malam 

Krismas & Malam Tahun Baru (11 sesi)
24 & 31.12.20256.30 petang, 7 malam, 7.30 malam, 8 malam, 8.30 malam, 9 malam, 9.30 malam, 10 malam, 10.30 malam, 11 malam, 11.30 malam  

*Waktu salji mungkin berubah tanpa notis terlebih dahulu.
*Liberty Lane ditutup setiap hari Selasa, kecuali 23 & 30.12.2025.
Tempoh: 10 minit setiap sesi

Pengalaman Istimewa Krismas di Liberty Lane

Bawa seluruh keluarga ke Liberty Lane untuk menikmati Winter Wonderland yang penuh keseronokan dan kelazatan! Nikmati kentang goreng rangup (double-fried) dari Chips and Dips, dan ketawa bersama semasa mencuba hot dog yang sangat panjang (mega-long) dari Golden Gate Garage!

Tradisi Abadi: Bas London Kembali ke Resorts World Genting

Sejak 1994, Bas London yang ikonik telah menjadi simbol kegemaran Krismas di Resorts World Genting, memikat hati pengunjung dengan daya tarikan dan nostalgia yang unik. Tradisi ini diteruskan lagi dengan penampilan yang telah diubahsuai bagi sambutan musim perayaan yang meriah ini.

Kongsi detik anda! Tag gambar anda dengan:

#RWGLondonBus and #HopOnToGentingWinterWonderland

Permainan Krismas

Sedia untuk berseronok di musim perayaan? Cabar rakan dan keluarga anda dengan permainan kemahiran (skill games) kami yang meriah. Gelak tawa dan persaingan mesra menanti!

Gerai Snowy Treasures

Temui Gerai Snowy Treasures kami yang menawan, penuh dengan cenderahati krismas, barangan kenangan dan hadiah kecil yang sempurna untuk dibawa pulang. Tambahkan sentuhan kegembiraan Krismas di rumah anda.

Jet Pack (Kiosk) & Food Truck

Tambah tenaga anda di Jet Pack dan food truck kami. Pelbagai hidangan seperti sajian tempatan oleh Muhibah Guys, dan banyak lagi untuk mengekalkan semangat anda sepanjang hari.