Limited-edition Genting’s Highland Heroes Angpau Redemption

11.01.2023 - 07.02.2023 (or while stocks last)

Receive a complimentary limited-edition Genting’s Highland Heroes angpau set with each purchase of RM200 in a single receipt! Only valid at participating outlets, F&B outlets are excluded.

Bring your receipt to these locations to redeem the angpau packets:

  • Studio Plaza , Genting SkyWorlds Theme Park
  • Skytropolis Indoor Theme Park
  • SkyVR
  • BigTop Video Game Park
  • Vision City Video Games Park
  • SkyAvenue Station, Awana Skyway
  • Awana Station, Awana Skyway

Otherwise, redeem the limited-edition Genting’s Highland Heroes angpau packets with purchases worth RM98 and above in a single receipt at any retail kiosk at Skytropolis Indoor Theme Park. Limited to one (01) set per transaction only. Exchange your receipt at any retail kiosk within Skytropolis Indoor Theme Park.


Sambutan 60 Tahun Memori Bersama di Resorts World Genting!
Hadiah berjumlah RM6 juta untuk dimenangi dari Januari hingga Ogos 2025.
 

Sempena kegemilangan enam dekad dalam hiburan bertaraf dunia, pengalaman dan memori terindah, Resorts World Genting amat teruja untuk meraikan Jubli Intan kami!

Pencapaian ini adalah satu penghormatan kepada setiap tetamu, pengunjung, rakan kongsi dan ahli pasukan yang telah menjadi sebahagian daripada perjalanan ini. Oleh itu, kami ingin anda bersama-sama kami dalam sambutan besar-besaran kali ini.

Nilai Teras

“Dengan memupuk nilai teras ini, Genting Group akan mencontohi tekad dan dedikasi Pengasas kita untuk mencapai matlamat syarikat dan membawa organisasi ke tahap yang lebih tinggi.”


Tan Sri Lim Kok Thay - Pengerusi dan Ketua Eksekutif Genting Group


 

KERJA KERAS

Budaya kerja keras, ketekunan, dan komitmen membolehkan kita menggabungkan pemikiran jangka panjang dengan sikap bertindak segera untuk menyelesaikan masalah operasi yang penting dan mendesak. Kami tidak takut pada perubahan.

Pengasas kami percaya pada kepentingan sikap bersungguh-sungguh dan komited. Beliau suka berkongsi pengetahuannya, memberi contoh kepada orang lain. Beliau adalah seorang yang pragmatik dan sentiasa mencari penyelesaian. Beliau seorang yang bekerja keras malah mempunyai buku nota di sisi katilnya untuk mencatat sebarang idea yang muncul.

BELAS KASIHAN

Kejayaan hanya lengkap dengan belas kasihan. Semua kakitangan di Genting Group mempunyai tanggungjawab untuk menyumbang kepada masyarakat. Kita inginkan pembaikan dalam pendidikan dan kesihatan untuk memberikan impak positif kepada kehidupan orang lain.

Pengasas kami menyumbang dan membantu secara murah hati tanpa syarat . Beliau bersimpati terhadap keperluan orang lain, terutamanya para pekerja dan keluarganya. Sikap ini diamalkan juga oleh kakitangannya dan boleh dibuktikan dalam cara kerja mereka.

KESETIAAN    

Melalui kesetiaan, kita mempunyai rasa kepunyaan dan tanggungjawab terhadap komitmen sendiri. Kesetiaan terhadap syarikat dan orang-orang di dalam juga adalah sama pentingnya.

Pengasas kami setia kepada keluarganya, organisasi dan orang sekeliling. Beliau melihat pentingnya menjaga kesejahteraan dan perkembangan pekerja-pekerjanya. Beliau menghargai kesetiaan dan komitmen mereka, terutama yang telah lama berkhidmat.

KEJUJURAN

Kepimpinan dalam kejujuran dan integriti adalah penting. Kita mesti berurusan dengan pelanggan, rakan kongsi, dan pekerja dengan cara yang jujur, adil, dan bermoral.

Pengasas kami terkenal dengan kepimpinan dinamiknya berdasarkan prinsip. Beliau mengamalkan kepimpinan yang berintegriti dan dihormati, dan membina Genting Group sebagai salah satu syarikat yang diuruskan dengan baik di Asia.

KERHARMONIAN

Keharmonian di tempat kerja adalah kunci kejayaan dan budaya kerja berprestasi tinggi. Kerjasama mendorong maklum balas yang konstruktif dan sokongan bersama. Begitu juga, kita harus mencari keharmonian dalam keluarga kita

Pengasas kami menggalakkan kerjasama dalam pencapaian matlamat. Beliau mempraktikkan strategi komunikasi yang berkesan dan budaya mengiktiraf kejayaan kumpulan. Beliau sangat rapat dengan pekerja dan peduli terhadap kesejahteraan mereka. Dengan pasukan yang kuat, beliau membina sebuah empayar.

Detik Pencapaian
  

Sempena meraikan detik bersejarah ini, kita telah menyaksikan begitu banyak kenangan yang tercipta dan setiap pencapaian mencerminkan semangat inovasi dan dedikasi yang tidak berbelah bahagi yang telah membentuk resort ikonik kita.


Detik Pencapaian: 1965 – 1975
 

1965
Tan Sri Lim Goh Tong menubuhkan Genting Group untuk merealisasikan visinya untuk membina sebuah resort di pergunungan Malaysia untuk dinikmati semua orang.

1969
Jalan menuju ke Resorts World Genting (asalnya dikenali sebagai Genting Highlands Resort) telah siap lebih awal daripada yang dirancang, dari kaki bukit ke puncak, dengan impak minimum kepada persekitaran yang indah.

1971
Hotel pertama di Resort telah dirasmikan. Dahulu dikenali sebagai Highlands Hotel, kini dikenali sebagai Genting SkyWorlds Hotel.

1975
Kereta kabel pertama di resort memulakan operasi dari pertengahan bukit ke puncak.

Detik Pencapaian: 1976 – 1985

1981
Genting Grand Hotel, hotel utama 18 tingkat di resort ini dibuka kepada orang ramai. Dahulu dikenali sebagai Genting Hotel.

1985
Resorts World Awana (Dahulu dikenali sebagai Awana Genting Highlands Golf & Country Resort) dibuka, diikuti dengan pembukaan Awana Tower pada tahun 1993.

Detik Pencapaian: 1986 – 1995
 

1992
Resort Hotel dan Genting Indoor Theme Park dibuka, menyediakan lebih banyak tarikan yang menyeronokkan di resort.

1994
Kuil Gua Chin Swee dan Genting Outdoor Theme Park membuat penampilan sulung mereka dan dibuka kepada orang ramai.

Detik Pencapaian: 1996 – 2005

1997
Kereta kabel Genting SkyWay dilancarkan, menawarkan perjalanan 3.4km yang indah ke puncak.

Highlands Hotel dibuka; Penginapan mewah utama di resort.

2002
First World Complex telah dilancarkan secara rasmi, terdiri daripada First World Hotel (Tower 1), First World Plaza, First World Indoor Theme Park, dan Genting International Convention Centre.

2005
First World Hotel terus berkembang setelah selesai pembinaan Tower 2.

Detik Pencapaian: 2006 – 2015
 

2013
Pelan Pelancongan Bersepadu Genting bernilai berbilion ringgit telah dilancarkan untuk mengubah suai Resorts World Genting bertujuan membentuk semula masa depan pelancongan di Malaysia.

2015
Tower 3 di First World Hotel telah dilancarkan dan secara rasmi diiktiraf sebagai "Hotel Terbesar di Dunia" oleh Guinness World Records, dengan 7,351 bilik.

Detik Pencapaian: 2016 – 2025
 

2016Awana SkyWay, sistem kereta kabel baharu (kini dinamakan Kereta Kabel Genting Highlands Premium Outlets) dilancarkan, meningkatkan lagi keterhubungan dari pertengahan bukit ke puncak.

SkyAvenue Complex telah dibuka secara rasmi, menyediakan tetamu dengan kemudahan moden yang lebih baik untuk kemudahan, hidangan dan membeli-belah.

2017
Crockfords, hotel baharu yang berprestij dan Genting SkyWorlds Hotel yang telah diubah suai dibuka, menyediakan lebih banyak pilihan penginapan untuk tetamu.

2018
Zouk, RedTail, dan Taman Tema Indoor Skytropolis dibuka, menawarkan hiburan yang menyeronokkan dan menarik untuk semua peringkat umur.

2022
Taman Tema Genting SkyWorlds dibuka, menawarkan permainan dan tarikan menarik, meletakkan Resorts World Genting sebagai salah satu destinasi paling popular di Malaysia.

2023
Golden Horse Awards 2023 oleh Malaysia Association of Theme Park and Family Attractions
Tan Sri Lim Kok Thay, Pengerusi Genting Group – Lifetime Achievement Award
Taman Tema Genting SkyWorlds – Theme Park of the Year, Best Festivities Experience & Entertainer of the Year

Malaysia Tourism Quality Assurance (MyTQA) oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC)
Taman Tema Genting SkyWorlds – Platinum Class

Trusted Brands Award 2023 Malaysia oleh Reader’s Digest
Taman-taman Tema Resorts World Genting – Gold Award for Family Theme Park

The BrandLaureate BestBrands Awards 2023
SkyAvenue – Lifestyle Mall

HAPA® Awards Malaysia Series 2023-2024 oleh HAPA® Group & Taylor's University

2024
Resorts World Genting dinobatkan sebagai Malaysia’s Leading Resort oleh World Travel Awards untuk 3 tahun berturut-turut (2022 – 2024)

Forbes Travel Guide Awards
Crockfords: 5 Bintang (6 tahun berturut-turut dari 2019 – 2024)
Genting Grand: 4 Bintang (7 tahun berturut-turut dari 2018 – 2024)
Highlands Hotel: Recommended rating