Genting Rewards + Genting Family & Friends (“GR+GFF”)

 

Program Genting Family and Friends (“GFF”) telah diperkenalkan pada 2019 untuk memberikan tawaran istimewa, faedah dan keutamaan kepada semua kakitangan GENM (termasuk kakitangan kontrak), bekas kakitangan dan pesara beserta ahli keluarga mereka.

Objektif utama GFF adalah untuk memberi ganjaran dan rasa kekitaan melalui program istimewa dengan menyediakan tawaran, faedah dan ganjaran.

Diskaun 20% di GENM dan cawangan f&b Resorts World Awana (termasuk cawangan Zouk – Redtail, Redtail Karaoke and Empire).

 

Makanan & Minuman GENM dan AWANA

  1. Terpakai untuk semua Makanan & Minuman (termasuk alkohol) pada item harga biasa sahaja di cawangan terpilih.
  2. Terpakai dari Hari Isnin hingga Jumaat sahaja (kecuali cuti umum dan malam cuti umum).
  3. Terpakai untuk kaedah pembayaran tunai/ kad kredit atau debit sahaja.
  4. Mesti tampilkan kad ahli GFF sewaktu membuat pesanan dan pembayaran.
  5. Terhad kepada 6 orang setiap lawatan.
  6. Tidak terpakai untuk barangan tembakau.
  7. Tidak terpakai untuk mana-mana promosi istimewa, tawaran atau happy hour.
  8. Terpakai kepada semua cawangan GENM dan cawangan f&b Resorts World Awana.
  9. Tertakluk pada terma dan syarat tertentu, dan waktu operasi setiap cawangan.
  10. Genting Points akan diberikan berdasarkan jumlah selepas diskaun.

 

Cawangan Zouk - Redtail, Redtail Karaoke dan Empire

  1. Terpakai untuk makanan & minuman (termasuk alkohol) berharga biasa sahaja di RedTail, RedTail Karaoke dan Empire sahaja.
  2. Terpakai dari Hari Isnin hingga Khamis sahaja (kecuali cuti umum dan malam cuti umum).
  3. Terpakai untuk kaedah pembayaran tunai/ kad kredit atau debit sahaja.
  4. Mesti tampilkan kad ahli GFF sewaktu membuat pesanan dan pembayaran.
  5. Tidak terpakai untuk cenderahati dan barangan tembakau.
  6. Tidak terpakai untuk malam DJ istimewa, acara, promosi, tawaran pakej dan happy hour.
  7. Tertakluk pada polisi standard kelab.

CAWANGAN F&B YANG TERSEDIA:

  Cawangan  Lokasi
 Genting Grand  The Bakery  Aras Lobi 
 Seasons   Aras Lobi 
 Lobby Lounge  Aras Lobi 
 Coffee Terrace  Aras Lobi 
 Hotel Highlands  Genting Palace  Tingkat 2 
 Cha Chaan Teng  Tingkat 2 
 Genting Secret Garden Hotpot  Tingkat 2 
 Hotel First World  Lobby Café  Aras Lobi 
 The Food Factory  Tingkat 4 
 SkyAvenue  High Line Rooftop Market  Tingkat 4 
 Motorino @ High Line Rooftop Market  Tingkat 4 
 Jom Makan Food Street  Tingkat 4 
 Malaysian Food Street  Tingkat 4 
 Yesteryear  Tingkat 4 
 Harry Ramsden  Tingkat 4 
 Taiko Ramen  Tingkat 1 
 Burger & Lobster  Tingkat 1 
 La Fiesta by Marta’s Kitchen  Tingkat 1 
 Park Avenue Lounge 
 Aras M 
 Jom Makan SkyAvenue 
 Aras G 
 Il Lago 
 Aras G 
 FUHU at
Zouk 
 Aras G
 Redtail by Zouk  Aras G
 Redtail Karaoke by Zouk  Aras G 
 Empire by Zouk  Aras G 
 SkyCasino
 [melalui pintu masuk bukan kasino] 
 Grand Cha Chaan Teng  Tingkat 1 
 Taman Tema Indoor Skytropolis  Malaysian Delights  Skytropolis 
 Think Pink 
 Local Pastries 
 Bites & Delights 
 Popcorn & Fairy Floss 
 Resorts World Awana (RWA)  Jom Makan Awana  Aras Lobi 
 Awana Garden  Aras Lobi 
 Ayu Awana  Aras Lobi 
 Golf Terrace  RWA
 Cheeky Grind  Aras Lobi 
  • Diskaun 20% bagi pembelian tiket fizikal 1 hari Taman Tema Genting SkyWorlds dan pas 1 hari Taman Tema Indoor Skytropolis.
  • Kadar diskaun taman tema atau kadar yang ditawarkan adalah terbuka kepada pemegang kad GFF.
  • Kadar diskaun tiket adalah sah sepanjang hari*, tertakluk pada kedatangan tetamu pada hari kejadian. Jika kapasiti taman tema telah penuh, tawaran GFF tidak akan terpakai pada hari tersebut.
  • Terhad kepada empat (04) tiket setiap bulan setiap ahli di mana-mana tarikan. Sebagai contoh, empat ke Taman Tema Genting SkyWorlds dan empat ke Taman Tema Indoor Skytropolis.
  • Tiket adalah sah untuk pembelian pada hari yang sama.
  • Kadar kemasukan adalah termasuk Duti Hiburan.
  • Kadar diskaun tiket hanya terpakai di kaunter tiket Taman Tema Indoor Skytropolis dan Taman Tema Genting SkyWorlds sahaja. Tidak terpakai di kiosk layan diri dan pembelian dalam talian.

Nota: Sila rujuk laman web rasmi untuk waktu operasi terkini

  • Diskaun 20% kadar bilik semasa (Empat (04) bilik setahun)
  • Terpakai di Hotel First World, Hotel Genting SkyWorlds, Hotel Resort, Hotel Highlands, Genting Grand, Crockfords dan Resort World Awana.
  • Diskaun hanya terpakai pada bilik, tidak terpakai bersama tawaran lain, promosi, tawaran pakej termasuk promosi bilik istimewa GP.
  • Terpakai untuk kaedah penebusan Genting Points (GP), pembayaran tunai atau kad kredit sahaja.
  • Terpakai di saluran dalam talian sahaja (laman web RWG dan platform i-Holiday).
  • Diskaun akan digunakan secara automatik pada kadar bilik yang ditunjukkan kepada ahli GFF semasa membuat tempahan melalui lamanweb RWG
  • Diskaun 20% bagi persembahan GENM yang terpilih.
  • Terpakai untuk semua ahli GFF bagi persembahan GENM yang terpilih sahaja.
  • Terpakai sehingga maksimum empat (04) tiket setiap ahli setiap persembahan/konsert.
  • Terpakai untuk skala harga (PS) terpilih sahaja.
  • Tempahan tiket tersedia di kaunter Perkhidmatan Tetamu Genting Rewards atau hubungi Talian Utama One Hub Reservation di  +603 2718 1118 untuk tempahan.
  • Terpakai untuk kaedah penebusan Genting Points (GP), pembayaran tunai atau kad kredit/debit sahaja.
  • Semua tiket adalah tertakluk pada caj pemprosesan RM4 setiap tiket.
  • Tidak terpakai untuk mana-mana promosi istimewa dan tawaran pakej.

 

TERMA & SYARAT

  1. Permohonan untuk GR+GFF adalah terbuka buat semua kakitangan. Ini bukan kad gaming, kesemua kakitangan beragama Islam dialu-alukan untuk memohon.
  2. Kakitangan dibenarkan memohon SATU (01) kad dan tidak boleh dipindah milik.
  3. Semua kakitangan tidak akanmeraih Genting Points dari aktiviti gaming di Resorts World Genting.
  4. Faedah yang berkait dengan GR+GFF tidak boleh dipindah milik, GENM berhak untuk meminda, menambah, memadam atau membatalkan manfaat ini pada bila-bila masa tanpa notis awal atas budi bicara mutlak.

*Kakitangan kontrak adalah mereka yang bekerja dalam tempoh yang ditetapkan dalam kontrak perkhidmatan

  1. Permohonan hanya terbuka untuk pesara/ bekas kakitangan GENM.
  2. Kakitangan pesara akan diberikan status Gold, dan dikategorikan pada kedua-dua kad gaming dan non-gaming (SkyCard). Kad gaming hanya terpakai rakyat Malaysia bukan Islam dan kad non-gaming terpakai untuk rakyat Malaysia beragama Islam.
  3. Kedua-dua kad boleh meraih Genting Points walau bagaimanapun SkyCard hanya boleh diraih dari perbelanjaan non-gaming di keseluruhan resort.
  4. Bekas kakitangan GENM atau pesara boleh memohon GFF dengan menyediakan maklumat status pekerjaan sebelum.
  5. Ahli boleh terus ke mana-mana kaunter Perkhidmatan Tetamu Genting Rewards di resort untuk membuat permohonan.
  6. Penamatan kad keahlian akan berlaku jika ahli tidak mematuhi terma dan syarat.
  7. Faedah yang berkait dengan GR+GFF tidak boleh dipindah milik, GENM berhak untuk meminda, menambah, memadam atau membatalkan manfaat ini pada bila-bila masa tanpa notis awal atas budi bicara mutlak.

*Tertakluk pada pengesahan oleh Jabatan Sumber Manusia 

  1. Permohonan keahlian Genting Rewards bagi ahli keluarga kakitangan adalah terbuka bagi yang berumur 18 tahun dan ke atas (Kecuali individu yang dilarang)
  2. Terdapat dua kategori iaitu kad gaming dan kad non-gaming, di mana kad gaming terpakai bagi ahli berumur 21 tahun dan ke atas dengan kerakyatan Malaysia bukan beragama Islam. Selain daripada kriteria tersebut, SkyCard akan diberikan.
  3. Kedua-dua kad boleh meraih Genting Points walau bagaimanapun SkyCard hanya boleh diraih dari perbelanjaan non-gaming di keseluruhan resort.
  4. Penamatan kad keahlian akan berlaku jika ahli tidak mematuhi terma dan syarat sebagai ahli Genting Rewards.
  5. Ahli boleh terus ke mana-mana kaunter Perkhidmatan Tetamu Genting Rewards di resort untuk membuat permohonan.
  6. Faedah yang berkait dengan GR+GFF tidak boleh dipindah milik, GENM berhak untuk meminda, menambah, memadam atau membatalkan manfaat ini pada bila-bila masa tanpa notis awal atas budi bicara mutlak.

*Tertakluk pada pengesahan Jabatan Sumber Manusia. Ahli keluarga yang layak (Suami isteri, Anak, Ibu Bapa, Adik Beradik, Ibu Bapa Mertua Datuk dan Nenek) hanya boleh dipertimbangkan jika perhubungan itu telah didaftarkan dengan syarikat semasa mula bekerja.